WELCOME NOTE


Soalan Sains Sukan T4 - Terima kasih pada sumber utama

LATIHAN BEBANAN - TQ KEPADA SUMBER UTAMA

OBJEK ASING DALAM ORGAN DERIA

KECEDERAAN OTOT

Wednesday, June 3, 2009

SEJARAH SMK MATANG,TAIPING

SMK Matang Kod AEA6061 adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar Gred B. Sekolah ini juga merupakan sekolah menengah yang pertama di kawasan Matang. Sekolah ini telah dibangunkan oleh Dewan perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak di atas kawasan tanah seluas 2,065 ekar pada 9 September 1999. Tapak asal sekolah ini adalah sebuah paya keladi dan kolam ikan dan terletak dalam Mukim Sungai Limau, Matang.

SMK Matang terletak 16km dari Bandar Taiping dan 5km dari SMK Simpang. Peringkat awal pembukaannya SMK Matang menerima 100% pelajar dari SMK Simpang yang tinggal di sekitar kawasan Matang dan Kuala Sepetang. Ini adalah disebabkan pelajar SMK Simpang terlalu ramai pada ketika itu. Peringkat awal sekolah ini telah menerima seramai 517 pelajar. Sekolah ini telah diserahkan secara rasmi kepada PPD LMS pada 16 Januari 2002. Pemangku Pengetua SMK Matang yang pertama adalah Tn.Hj.Ali Akbar b Ibrahim Ghani yang dahulunya seorang kaunselor di SMK Kpg Jambu.

SMK Matang menerima pelajar seterusnya dari sekolah-sekolah rendah berhampiran iaitu SK Matang,SK Matang Gelugor, SK Ngah Ibrahim dan SK Laksamana. Manakala sekolah Tamil pula adalah SJKT Ladang Matang, SJKT Kg Baru Batu Matang dan SJKT Jebong Lama. Sekolah-sekolah Cina pula adalah dari SJKC Khea Wah, SJKC Poay Chee dan SJKC Poay Eng Kuala Sepetang. Buat masa sekarang SMK Matang mempunyai seramai 991 orang pelajar.